Tuesday, November 02, 2010

"sarapan yang sihat"

selamat pagi semua!

pagi ni makcik india yang biasa belikan sarapan saya tanya "kenapa hari ni tak nak kirim bfast"?
saya tukar menu la aunty.sy makan roti..
oh..apa pasal tukar roti?
saya jawab:saja je aunty,tukar selera(tetapi dalam hati..saya dah gemuk!)hehhehe

semalam selepas makan malam,saya mengajak ma pergi ke pasaraya untuk membeli "sarapan yang sihat",sampai di pasaraya saya mengambil 5 bekas yogurt,yummeh!brand marigold,salad,lobak dan tomato kecil serta pisang,dan sekotak susu segar..saya bertekad untuk bersarapan dengan sarapan yang sihat!yeah baby!

ok pagi ni saya bergitu semangat menyediakan sarapan pagi untuk saya, pukul 8.30pagi saya turun ke dapur membasuh lobak,tomato dan salad dan saya masukkan kedalam bfast box saya (mcm budak sekolah pun ada :)..hm..apa lagi?yogurt,aha hari ni saya nak makan peach yogurt,roti dengan planta 3 keping dan 2 pisang...

hasilnya sekrang saya kenyang dan begitu bersemangat untuk kekalkan sarapan yang sihat setiap hari :D

minggu ni adik saya,masniza dan syafiq akan pulang ke rumah!tak sabar rasanya hendak memancing bersama..tunang saya pun turut serta-misi untuk memilih design pelamin dan baju hari sabtu ini!
ahad ini juga kami akan ke shah alam untuk karnival pengantin 2010 :D-nanti saya akan ceritakan pengalaman saya di karnival pengantin okey :D

XOXOXOXOXO-misi mencari epel!

Monday, November 01, 2010

pantang larang cik kiah!

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal
nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri..
(okey kalau mcm ni last boleh kuo bulan satu,hehhe)by bulan 12 semenya dah kena complete!seri wajah tu
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga. 
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik. 
 
 4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit-
kena pantang nasi!
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. 
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
perkara sihir. 
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm
sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. 
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan
boleh menyebabkan kencing manis.
(cuba utk 4 bulan ni tak minum air gas)
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. 
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. 
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) 
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir (muhehehehehheh) tak berkaitan dengan ku :P
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
toksid. 
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga.  
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. 
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. 
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. 
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri. 
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. 
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. 
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. (jadi drakula la lepas ni T___T)
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. 
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. 
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. 
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). 
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. 
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. 
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. 
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. 
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. 
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.HAHAH 
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. 
 35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. -boleh tak mcm tak paham????
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. 
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. 
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. -sapa nak jadi tukang lempar???heheh
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. 
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. 
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding-oh kepala ayam boleh makan ke?heheh
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. 
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. 
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

ni ye pantang cik kiah pada bakal pengantin sebelum melangsungkan perkahwinan-ada few things yg boleh ambil dan diamalkan :D-selamat mencuba!

diet oh diet :D


  • Bakal pengantin digalakkan memulakan program pelansingan badan 3 bulan sblm tarikh langsung.Perkara paling penting yang wajib dibuat adalah menolak apa2 jua makanan @ makan malam slps jam 7:30 pm. Ia juga langkah paling efektif mengelakkan perut buncit. 
  • Katakan tidak pada berdiet @ mengikat perut semata2 untuk kurus kononnya!Berdiet hanya akan memperlahankan tahap metabolisme rendah. Berdiet juga membuatkan kamu lemah, letih, tidak bertenaga dan malas. Selain itu, kulit turut mendapat tempiasnya dgn kelihatan pucat & lesu.
  • Makan setiap 4 jam & jangan sesekali tercicir waktu makan. Membiarkan perut kosong pada jangka waktu yagn lama meningkatkan tahap gula dlm darah. Ini secara tidak langsung membuatkan kamu cepat stress & mempengaruhi emosi utk makan dan mkn. Apatah lagi, pd waktu2x hampir majlis langsung yang membuatkan kamu stress memikirkan persiapannya.
  • Cuba untuk makan 5 jenis warna makanan setiap hari dan jgn mengecualikan pengambilan mknan. Contohnya warna kuning pucat yang boleh diperoleh daripada nasi @ daging manakala hijau, merah, jingga dan ungu drpd buah dan sayuran. Amalkan mknan variasi warna drpd buahan dan sayuran utk dapatkan zat optimum yg bantu ransangkan kesihatan kulit dan bersihkan dalaman tubuh (menyah toksik dalam badan).
  • Gula juga antara kawan baik kpd kegemukan. Kurangkan pengambilan makanan bergula terutamanya gula halus yang tersembunyi di dalam makanan sprt biskut, kek, kuih muih (terutamanya kuih tradisioanal melayu) dan pastri. Justeru itu, elakkan pengambilan kuih-muih di waktu makan petang @ singgah di gerai goreng pisang yang menyajikan mkanan tinggi kolestrol.  Siap sediakan snek sprt pisang, epal, walnut, @ yogurt ketika perut lapar di waktu antara waktu makan.