Thursday, December 16, 2010

jalan2 dengan bonda :D

15/12/2010

saya half day semalam,kebetulan ada kerja di temerloh saya tanpa lengah2 apply half day..
saya ke temerloh dengan ma,tq ma teman klong..saya dah plan nak pergi jumpa tailor untuk jahit baju nikah dan sanding,pergi confirm harga dengan mak andam untuk pelamin dan lain2..

alhamdulillah..semuanya selesai,selesai tempah jahit baju,selesai bayar booking pelamin,selesai beli barang gubahan hantaran..mak andam pun baik dan peramah,mudah urusan :),kasut ngan tiara pun cantik,veil dan tudung makandam nak tolong buatkan dengan kos..hihihi,tanjak dan samping am pun ada,matching ngan baju melayu pink am(for sanding)cantik sangat warna dia dark pepel campur pink dengan benang emas,mesti bergaya am nanti!hahah :D

bab tailor pun ok,dan tak mahal sangat..saya jimat banyak kos jahitan,tailor ni dicadangkan oleh salah sorang mak andam butik andaman yang saya buat lintas hormat(masa survey2)..:P

hmm..apa lagi ye yang tak siap?barang hantaran pun dah siap beli..semalam pun dah call pakcik catering..hm..kira2 dekat 60% dah siap utk hal kawen2 ni..
aha!,lepas ni nak sibuk2 hal cat bilik,kemas umah,kosongkan rumah.nak book org inai jari.

adik saya yang kedua,ngah pun nak bertunang keesokannya..tema baby blue,masuk ngan tema saya purple pink,warna pastel dan comel X)

semalam risik2 mini pelamin,mula2 kami cadang nak buat sendiri memandang ma yang baik hati pun dah sponser dua bunga sisi untuk pelamin mini,kitaorang dah siap ada design sendiri,tapi semalam rasa ringan je cakap pada mak andam nak tempah mini pelamin(design kami)..tapi rasa2 mcm kena jumpa balik dan consult ngan ngah dan ma betul ke nak ambil mini pelamin..will update later :D

lepas ni nak upload piccas!

Monday, December 13, 2010

shopping :D

Semalam 12/12/2010 saya dan mucy (adik bongsu) pergi ke kl berjumpa dengan am untuk membeli barang-barang hantaran,sebelum ke kl saya sempat membelek2 majalah dan surfing cari barang2 yang menawarkan harga yang murah dan diskaun yang hebat2,masa ni kena jadi pengguna yang bijak pandai dalam menguruskan hal duit2,taknak berlebihan,biarlah semuanya mengikut kemampuan dan yang penting puas hati :)

Saya mmg tidak suka beli barang dalam keadaan tergopoh2  dan saya akan rasa rugi kalau tidak buat survey terlebih dahulu, maka saya siapkan diri dengan mencari info2 dan membuat list dan cari tempat yang saya boleh beli semua barang dalam satu kedai dengan harga yang berpatutan...saya mmg menunggu YES,dan saya juga plan untuk beli barang hantaran pada bulan 12 agar 3 bulan sebelum perkhawinan saya tidak perlu risau untuk menguruskan hal tersebut,saya boleh bergerak untuk uruskan hal-hal lain.

Semalam saya am dan mucy pergi ke mid valley..mula2 kami pilih cincin,sy pilihkan platinum streling utk am,untuk saya am hadiahkan cincin emas berlian untuk disarungkan ke jari manis saya saiz 10,then, kami beli kamera,ipod,kemeja,jam tanga..alquran am kata nak beli di kedai2 quran kerana kami berdua mahukan quran shamil yang kecil mudah untuk dibawa kemana2 :)

Kemudian kami ke kajang untuk menempah bahulu,kami ke anisbakery,bahulunya sedap dan rangup,alhamdulillah saya dapat harga rm1.90 sekotak kerana saya telahpun merisik kabar harga bahulu mereka pada bulan julai lagi,harga tahun depan sudahpun naik(susulan dari harga minyak naik)..saya jimat byk di sini..ini kerana gara2 hendak mengikut tema perkahwinan purple pink,kerana hanya di anisbakery ada kotak bahulu warna purple pink..kak nisa dr anisbakery orangnya peramah dan lemah lembut  :)

Rasa sangat lega bila am kata BEST shopping bersama saya,sbb saya pandai bargain dan cerewet saya masih bertempat,heheheh,mmg penat tapi rasa sangat gembira dan rasa disayangi :) (itu yang saya mahukan)rasa bahagia je dapat beli barang yang kita suka dengan org yang kita sayang :)

Lepas ni kena tempah kad kahwin :) warna dark purple hihihihi

Tuesday, November 02, 2010

"sarapan yang sihat"

selamat pagi semua!

pagi ni makcik india yang biasa belikan sarapan saya tanya "kenapa hari ni tak nak kirim bfast"?
saya tukar menu la aunty.sy makan roti..
oh..apa pasal tukar roti?
saya jawab:saja je aunty,tukar selera(tetapi dalam hati..saya dah gemuk!)hehhehe

semalam selepas makan malam,saya mengajak ma pergi ke pasaraya untuk membeli "sarapan yang sihat",sampai di pasaraya saya mengambil 5 bekas yogurt,yummeh!brand marigold,salad,lobak dan tomato kecil serta pisang,dan sekotak susu segar..saya bertekad untuk bersarapan dengan sarapan yang sihat!yeah baby!

ok pagi ni saya bergitu semangat menyediakan sarapan pagi untuk saya, pukul 8.30pagi saya turun ke dapur membasuh lobak,tomato dan salad dan saya masukkan kedalam bfast box saya (mcm budak sekolah pun ada :)..hm..apa lagi?yogurt,aha hari ni saya nak makan peach yogurt,roti dengan planta 3 keping dan 2 pisang...

hasilnya sekrang saya kenyang dan begitu bersemangat untuk kekalkan sarapan yang sihat setiap hari :D

minggu ni adik saya,masniza dan syafiq akan pulang ke rumah!tak sabar rasanya hendak memancing bersama..tunang saya pun turut serta-misi untuk memilih design pelamin dan baju hari sabtu ini!
ahad ini juga kami akan ke shah alam untuk karnival pengantin 2010 :D-nanti saya akan ceritakan pengalaman saya di karnival pengantin okey :D

XOXOXOXOXO-misi mencari epel!

Monday, November 01, 2010

pantang larang cik kiah!

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal
nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri..
(okey kalau mcm ni last boleh kuo bulan satu,hehhe)by bulan 12 semenya dah kena complete!seri wajah tu
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga. 
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik. 
 
 4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit-
kena pantang nasi!
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. 
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
perkara sihir. 
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm
sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. 
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan
boleh menyebabkan kencing manis.
(cuba utk 4 bulan ni tak minum air gas)
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. 
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. 
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) 
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir (muhehehehehheh) tak berkaitan dengan ku :P
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
toksid. 
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga.  
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. 
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. 
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. 
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri. 
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. 
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. 
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. (jadi drakula la lepas ni T___T)
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. 
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. 
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. 
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). 
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. 
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. 
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. 
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. 
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. 
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.HAHAH 
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. 
 35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. -boleh tak mcm tak paham????
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. 
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. 
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. -sapa nak jadi tukang lempar???heheh
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. 
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. 
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding-oh kepala ayam boleh makan ke?heheh
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. 
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. 
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

ni ye pantang cik kiah pada bakal pengantin sebelum melangsungkan perkahwinan-ada few things yg boleh ambil dan diamalkan :D-selamat mencuba!

diet oh diet :D


  • Bakal pengantin digalakkan memulakan program pelansingan badan 3 bulan sblm tarikh langsung.Perkara paling penting yang wajib dibuat adalah menolak apa2 jua makanan @ makan malam slps jam 7:30 pm. Ia juga langkah paling efektif mengelakkan perut buncit. 
  • Katakan tidak pada berdiet @ mengikat perut semata2 untuk kurus kononnya!Berdiet hanya akan memperlahankan tahap metabolisme rendah. Berdiet juga membuatkan kamu lemah, letih, tidak bertenaga dan malas. Selain itu, kulit turut mendapat tempiasnya dgn kelihatan pucat & lesu.
  • Makan setiap 4 jam & jangan sesekali tercicir waktu makan. Membiarkan perut kosong pada jangka waktu yagn lama meningkatkan tahap gula dlm darah. Ini secara tidak langsung membuatkan kamu cepat stress & mempengaruhi emosi utk makan dan mkn. Apatah lagi, pd waktu2x hampir majlis langsung yang membuatkan kamu stress memikirkan persiapannya.
  • Cuba untuk makan 5 jenis warna makanan setiap hari dan jgn mengecualikan pengambilan mknan. Contohnya warna kuning pucat yang boleh diperoleh daripada nasi @ daging manakala hijau, merah, jingga dan ungu drpd buah dan sayuran. Amalkan mknan variasi warna drpd buahan dan sayuran utk dapatkan zat optimum yg bantu ransangkan kesihatan kulit dan bersihkan dalaman tubuh (menyah toksik dalam badan).
  • Gula juga antara kawan baik kpd kegemukan. Kurangkan pengambilan makanan bergula terutamanya gula halus yang tersembunyi di dalam makanan sprt biskut, kek, kuih muih (terutamanya kuih tradisioanal melayu) dan pastri. Justeru itu, elakkan pengambilan kuih-muih di waktu makan petang @ singgah di gerai goreng pisang yang menyajikan mkanan tinggi kolestrol.  Siap sediakan snek sprt pisang, epal, walnut, @ yogurt ketika perut lapar di waktu antara waktu makan.

    Sunday, October 31, 2010

    salam...

    blog ini dicipta untuk saya menitipkan kisah dan pengalaman saya sebelum menghadapi hari bahagia pada 19/03/2011

    saya akan kongsikan kepada anda perjalanan hidup sebelum bergelar 'ratu sehari".. 

    08/08/2010