Monday, December 13, 2010

shopping :D

Semalam 12/12/2010 saya dan mucy (adik bongsu) pergi ke kl berjumpa dengan am untuk membeli barang-barang hantaran,sebelum ke kl saya sempat membelek2 majalah dan surfing cari barang2 yang menawarkan harga yang murah dan diskaun yang hebat2,masa ni kena jadi pengguna yang bijak pandai dalam menguruskan hal duit2,taknak berlebihan,biarlah semuanya mengikut kemampuan dan yang penting puas hati :)

Saya mmg tidak suka beli barang dalam keadaan tergopoh2  dan saya akan rasa rugi kalau tidak buat survey terlebih dahulu, maka saya siapkan diri dengan mencari info2 dan membuat list dan cari tempat yang saya boleh beli semua barang dalam satu kedai dengan harga yang berpatutan...saya mmg menunggu YES,dan saya juga plan untuk beli barang hantaran pada bulan 12 agar 3 bulan sebelum perkhawinan saya tidak perlu risau untuk menguruskan hal tersebut,saya boleh bergerak untuk uruskan hal-hal lain.

Semalam saya am dan mucy pergi ke mid valley..mula2 kami pilih cincin,sy pilihkan platinum streling utk am,untuk saya am hadiahkan cincin emas berlian untuk disarungkan ke jari manis saya saiz 10,then, kami beli kamera,ipod,kemeja,jam tanga..alquran am kata nak beli di kedai2 quran kerana kami berdua mahukan quran shamil yang kecil mudah untuk dibawa kemana2 :)

Kemudian kami ke kajang untuk menempah bahulu,kami ke anisbakery,bahulunya sedap dan rangup,alhamdulillah saya dapat harga rm1.90 sekotak kerana saya telahpun merisik kabar harga bahulu mereka pada bulan julai lagi,harga tahun depan sudahpun naik(susulan dari harga minyak naik)..saya jimat byk di sini..ini kerana gara2 hendak mengikut tema perkahwinan purple pink,kerana hanya di anisbakery ada kotak bahulu warna purple pink..kak nisa dr anisbakery orangnya peramah dan lemah lembut  :)

Rasa sangat lega bila am kata BEST shopping bersama saya,sbb saya pandai bargain dan cerewet saya masih bertempat,heheheh,mmg penat tapi rasa sangat gembira dan rasa disayangi :) (itu yang saya mahukan)rasa bahagia je dapat beli barang yang kita suka dengan org yang kita sayang :)

Lepas ni kena tempah kad kahwin :) warna dark purple hihihihi

No comments: